Informasi

Lokasi

Arissa Homestay terletak di Taman Sri Putra, Banting iaitu hanya 1km dari Bandar Banting, dan kira-kira 20km dari Bandar Klang, Selangor. Rumah teres 2 tingkat berkeluasan 22' X 80' (fully renovated) serta dikelilingi kawasan kejiranan bangsa Melayu, Arissa Homestay pastinya penginapan yang ideal untuk seisi keluarga.

Arissa Homestay juga menyediakan ruang parking berbumbung yang mampu memuatkan 2 buah kereta. Samada anda hadir untuk bercuti, rombongan merisik atau bertandang, Arissa Homestay pastinya menggamit ketibaan anda dan keluarga. 

Kemudahan Yang Disediakan
Untuk pengetahuan, Arissa Homestay baru sahaja beroperasi pada bulan Oktober 2010. Oleh itu, kami ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kecacatan atau kekurangan yang pastinya akan kami cuba hindari.

Seiring dengan motto kami iaitu "Kepuasan Anda, Matlamat Kami", Arissa Homestay menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan keselesaan anda sekeluarga. Antara kemudahan yang terdapat di Arissa Homestay setakat ini adalah seperti berikut:

  1. Kipas Siling di Ruang Tamu, Ruang Makan dan Dapur
  2. Tilam 'TOTO' dan bantal tambahan (tanpa kos tambahan)
  3. Ruang Tamu yang dilengkapi dengan Sofa dan TV 32"
  4. Seterika 
  5. Peti sejuk 
  6. Dapur gas dan peralatan memasak asas
  7. Rice Cooker, Tea Set
  8. Pemanas air elektrik dan singki yang dilengkapi dengan Penapis Air 
  9. Seterika
  10. Sejadah dan telekung untuk kemudahan beribadat serta arah kiblat

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang cela itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Semoga dengan sokongan dan maklum balas dari tetamu Arissa Homestay yang dikasihi, kami mampu untuk melakukan penambah-baikan berterusan bagi memastikan keselesaan bersama.